Taklimat Advokasi MRSM Kubang Pasu

25 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat Advokasi di Dewan Perdana MRSM Kubang Pasu telah diadakan pada hari Ahad, 24 Februari 2019 yang lalu. Taklimat ini dikendalikan oleh Puan Norazlina, wakil SKMM Wilayah Utara dengan Kerjasama Pusat Internet Kluster Kubang Pasu. Program dimulakan dengan Taklimat Advokasi dengan tajuk yang disediakan oleh pihak sekolah iaitu 'Rogol Atas Kerelaan Atau Keterpaksaan' bersesuaian dengan isu-isu semasa masa kini dan dihadiri oleh 780 orang pelajar. Matlamat program ini adalah supaya para pelajar lebih berhati-hati dan berwaspada menggunakan media sosial.

Melalui taklimat KDB yang diberikan ini para pelajar diharap dapat memperoleh pengetahuan dan maklumat serta meningkatkan kesedaran dalam penggunaan internet dan bagaimana menggunakan media sosial dengan bijak dan bermanfaat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali